Thursday, 15 August 2013

Sebulan Selepas Penanaman Benih Sawit



Jalan masuk menuju ladang sawit aku.


Dulu kawasan ni penuh dengan pokok getah. Habis aku tumbangkan demi untuk tanam kelapa sawit. Tapi sayang kat Sarawak ni masih sukar nak cari kilang kayu yang proses pokok getah untuk dijadikan perabot. Kalau kat semenanjung, berlambak.




Selesai bekerja, masa untuk minum petang. Yang berseluar merah tu Nizan namanya, dah prepare nak terjun sungai.




Ni pokok mangga epal yang aku bawak dari rumah mak aku. Kalau pokok ni berbuah, buah dia memang besar sampai ranting dia pun boleh melentur. Buahnya aku panggil Mangga Giant.


Yang ni pulak benih pokok rambutan 'anak sekolah'. Buahnya sedap dan kopek. Tak sabar nak merasa buahnya. At least bila setiap kali ke ladang, ada juga ole-ole untuk dibawak balik.


Tak sampai 2 kali toleh, semua dah terjun dalam sungai. Walau macam mane panas sekalipun cuaca, air sungai ni tetap sejok, sebab air ni mengalir dari puncak gunung.
 


Aku dah jumpa kehidupan yang aku nak sebenarnya. Tempat dimana aku boleh cari duit dan juga tempat private untuk keluarga aku berehat.

 Ini dia contoh benih sawit yang dah ditanam sebulan. Ketika ianya ditanam ianya dah berumur 12 bulan. Time nak beli, kena pilih sendiri baru ada kualiti, sambil tu lita boleh belajar sekali.






 Anak murid @ anak buah yang rajin menolong ketika ada masa lapang. Kadang-kadang aku bagi duit saku buat mereka berbelanja untuk ke sekolah. Time ni diaorang baru je petik buah nangka kat ladang aku. Aku tak makan, so mereka bahagikan untuk di tapau.



Wednesday, 14 August 2013

Proses Penanaman Awal Kelapa Sawit









Ni lah teratak kayu tempat untuk aku selalu berteduh dan memanggang ikan atau ayam. Nampak buruk, tapi dalamnya sejok...

Ladang Sebagai Tempat Beriadah

 Perahu kayak ni disedekah oleh member cikgu sama mengajar. Dia jurulatih team kayak sekolah, so mana-mana kayak lama tapi masih ok aku mintak kat dia. Terima kasih cikgu Jamat.
 Sungai ni aku beli sekali dengan tanah ni.... haha. Kira beruntung jugak sebab airnya jernih dan menjadi tempat untuk berehat bersama keluarga dan juga sahabat handai.

Penggunaan Racun Untuk Tanaman Sawit

Bagi pendapat aku, secara jujurnya penanaman dan juga pemeliharaan pokok sawit tak lah menyusahkan sangat. Ada dua jenis racun yang aku biasa pakai, racun jenama BM(jenis yang matikan rumput sehingga ke akarnya) dan juga racun Paraquat(racun sesentuh). Beza diantara BM dengan Paraquat ialah, BM ambik masa dalam 2 hingga 3 hari untuk kita nampak rumput tu mati, ianya disebabkan racun ni menyerap sehingga ke akar di dalam tanah. Dan rumput baru takkan tumbuh sehingga dalam tempoh 3 hingga 4 bulan.Manakala racun Paraquat pulak apabila disembur waktu pagi, warna kekuningan pada rumput yang dispray akan nampak pada tengaharinya. Ianya cepat menyerap pada permukaan yang disembur dan tidak menyerap sehingga ke akar rumput tersebut. Tapi tempoh untuk rumput baru tumbuh semula dalam lingkungan 1 bulan ataupun kurang.
Dulu racun jenama Paraquat ni diharamkan sebab racun jenis inilah yang selalu diminum oleh orang-orang yang putus cinta dan juga yang putus asa sebab dah muflis atau bankrap. Maaf lah sebab tak dapat nak uploadkan gambar racun jenama BM. Lain kali lah ye...

Ni contoh anak benih kelapa sawit yang rosak dan perlu dielak untuk ditanam. Gambar ni aku download dari sebuah blog di alamat http://pembangunanladang.blogspot.com.

Penanaman Sawit Agak Mudah dan Kos Mampu Bayar


 Penanaman bermula pada April 2011. Anak benih yang aku beli berharga RM12 sepokok dengan jumlah sebanyak 300 pokok. Jadi total kesemuanya RM3600. Untuk kos upah tanam dan sekali dengan baja RM1.50 untuk sepokok, jumlahnya adalah RM450.00.

Anak benih yang dibeli, mempunyai jaminan kualiti yang diiktiraf oleh MPOB. Ianya penting kerana apabila hendak menjual buahnya kelak, pihak pengilang hanya menerima buah sawit dari benih sawit yang diiktiraf oleh MPOB sahaja. Kalau mana-mana peladang di kenalpasti menipu, maka orang tersebut akan disenaraihitam oleh pihak pengilang. So, jangan ambil risiko kalau nak untung. Lagipun Allah ajar kita supaya senantiasa jujur dalam apa-apa bidang yang kita ceburi. Insyaallah, berkat duit untung kita nanti.