Wednesday 14 August 2013

Akhirnya aku berkecimpung dalam dunia tumbuh-tumbuhan, iaitu kelapa sawit. Pelbagai kajian dibuat supaya pelaburan yang dibuat memberi pulangan dalam jangkamasa panjang. Salah satu sebab aku berkecimpung dalam dunia ni adalah kerana harga minyak yang makin lama makin naik, termasuklah minyak masak. Salah satu lagi sebab ialah, kerajaan kita senantiasa mengambil berat tentang perkembangan komoditi ini dari masa ke semasa. Mengikut kajian di Eropah, pada masa sekarang kandungan biodiesel dalam petrol ialah 5%, ianya dijangka meningkat sehingga 10% pada tahun 2020. Jadi maknanya, permintaan terhadap minyak sawit akan meningkat 2 kali ganda pada tahun tersebut.














No comments:

Post a Comment